Ahlan Wasahlan Selamat Datang....Semoga ada manfaatnya disisi Allah SWT....untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan mozilla firefox ....ustazfarihan

Rabu, 21 November 2007

Islamic Online Reference

Di sini disertakan beberapa links yang amat bagus untuk rujukan dan bacaan untuk kita memahami al-Quran.

Tafseer Ibn Katheer?
http://www.tafsir.com

Mahu tahu terjemahan al-Qur'an dari Internet atau mahu diprint untuk usrah dsb?
http://quran.al-islam.com

Mahu tahu lebih pasal al-Quran?
http://expert.cc.purdue

Mahu dengar bacaan al-Quran dari pelbagai qari?
http://www.islamweb.net

Semoga rujukan yang banyak di internet ini dimaksimumkan penggunaannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Selasa, 20 November 2007

Temuduga Tertutup


AMARAN:
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):
1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari> saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang> banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik,> hensem atau berbadan tegap atau seksi. > > Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal. > >
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda? 2.Apa Agama anda? 3.Siapa Nabi anda? 4.Apa Kitab anda? 5.Di mana Kiblat anda? 6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang> berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang> tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW: Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu> diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar> suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada> saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan> diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari> aras kepala. Maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak> ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka> puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian> malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya:> dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah> kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku> tidak ada jalan masuk. > > Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah> kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari> yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:> Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (muhammad) yang> kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana> penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar,> aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau> akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa> yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang> laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan> bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki> itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad> saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah> Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu:> Demikianlah =====

Cerminlah Diri Kita

Dalam Al-Quran, khususnya dalam Surah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan kenikmatannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi."

Dalam Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." Maka seseorang berkata: "Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?" Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain." - (Hadis riwayat Muslim)

Kharitsah bin Wahab r.a berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahukah anda aku beritahukan tentang ahli neraka? Iaitu, setiap (sifat) keras hati, angkuh dalam berjalan dan sombong." - (Hadis riwayat Muttafaq alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah tidak akan melihat (memperhatikan) di hari kiamat itu kepada orang yang menghulurkan kain sarungya hingga ke bawah mata kakinya (kerana sombong...)." - (Hadis riwayat Muttafaq alaih)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong." - (Hadis riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud: "Keperkasaan itu merupakan kainKu, dan kesombongan merupakan selimpangKu, maka siapa di antara kamu menentangKu atau menyaingi Aku di dalam kedua perkara itu, pasti akan Aku seksa." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan murka kepadanya." - (Hadis riwayat Muslim)

Tanda-tanda kebahagiaan

1.. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.2.. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.3.. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.4.. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah pula pemurahnya.5.. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.

Pesanan Lukman Al-Hakim

KATA Lukman Al-Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. "Semua anggota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah)."Kata Lukman Al-Hakim lagi: "Wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak(pada hari tua), kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.Selanjutanya, katanya: "Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuat kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.Kata Lukman Al-Hakim: "Wahai anakku aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."Lukman Al-Hakim berkata lagi: "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."

Peliharalah Hati anda

Bismillah hi rah'man nira'him
Di antara Jiwa yang sihat dan Jiwa yang Rosak. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang yang berjiwa rosak akan selalunya mempunyai keinginan yang rendah. Keinginan seperti meminum sesuatu yang boleh merosakkan akal fikiran serta kesihatan. Keinginan untuk melakukan dosa-dosa. Mereka akan tetap melakukannya biar mana hebat kawalan yang dilakukan oleh ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa. Orang yang sihat jiwanya pula sebaliknya... Meskipun hidup di kota kosmopolitan yang penuh dengan kebebasan dosa dan noda, mereka dapat mengharunginya dengan keadaan yang tenang, berakhlak sehingga terpancar kemuliaan dari dalamnya.
Bagaimana seseorang itu boleh rosak jiwanya? Iaitu apabila kita selalu menolak fitrah diri kita yang baik dan mengambil fitrah jahat. Setiap manusia diberikan fitrah yang baik iaitu; suka kebaikkan dan senang bila melakukannya, malah tidak suka terlibat dalam kejahatan. Fitrah yang jahat ialah gemar melakukan sesuatu yang liar dan jahat justeru merasakan puas bila melakukannya.Surah As-Syam (Ayat 7 hingga 10); "Dan jiwa serta penyempurnaan penciptaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa akan jalan kedurhakaan serta jalan ketakwaan. Sangat beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya."Menjadi lumrah manusia sukakan hawa nafsu melebihi dari ketaatan dan kemuliaan. Tidak akan datangnya IMAN dan AMAL SOLEH jika kita tidak mempunyai budi pekerti atau jiwa yang baik.Islam selalu menegaskan bahawa nafsu itu tiada penghujungnya. Nafsu ini tiada penghujungnya, setelah apabila kita melayani satu selera maka apabila telah dipenuhi selera itu maka selera yang lain pula menjelma.
Begitulah selanjutnya tiada penghujungnya. Apabila jiwa telah dikuasai hawa nafsu maka jiwa itu pastinya tidak lagi menghiraukan sama ada perlu melakukan dosa dan kezaliman untuk memenuhi kehendaknya. Orang yang seperti ini telah melupakan hari akhirat dan sangat rugilah orang yang seperti ini. Hawa nafsu dan kebenaran adalah sesuatu yang sangat berlawanan sebagaimana Surah Al-Mukminun ayat 71 (Sila rujuk)Semakin lama satu jiwa itu dikuasai hawa nafsunya dan seseorang itu telah terbiasa melakukan keburukkan maka kebiasaanya mereka tidak akan setakat melakukan keburukan yang biasa dilakukannya malah akan bertambah buruk hari ke hari. Surah Al-Ma'arij Ayat 19 hingga 29; "Sesungguhnya, manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila kesusahan menimpa mereka, maka dia akan berkeluh resah, dan apabila dia mendapat kesenangan, maka menjadi dia orang yang sangat kedekut serta kikir. Orang yang tidak menjadi sedemikian hanyalah; - orang yang menegakkan solatnya dan yang tetap mendirikan solatnya. - Orang yang yang tersedia dalam hartanya bahagian-bahagian tertentu untuk orang-orang miskin yang meminta-minta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa tetapi tidak mahu meminta. dan seterusnya.... Rahsia Hubungan antara Pembesaran / Pertumbuhan Budi Pekerti dengan Amal Ibadah serta Keimanan.
Budi pekerti tidak wujud secara terus apabila seseorang dilahirkan di dalam dunia ini. Budi pekerti juga tumbuh dari sikit sebagaimana anak-anak membesar dari kecil hinggalah dewasa.Budi pekerti terhasil daripada pemerhatian anak-anak yang secara tetap dan mencapai kematangan mengikut dari tahap ke tahap.Inilah rahsia antara amal ibadah yang dilakukan berulang-ulang yang akan memantapkan kepercayaan kita terhadap hari pembalasan serta menjadi sentiasa takut kepada dosa dan siksa Allah justeru menjadikan kita beriman. apabila kita beriman menjadikan kita berbudi pekerti yang baik.
Wallahu'alam.