Ahlan Wasahlan Selamat Datang....Semoga ada manfaatnya disisi Allah SWT....untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan mozilla firefox ....ustazfarihan

Khamis, 18 Februari 2010

Masuk Syurga

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.

(hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik

(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa

(hadis marfu' sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.

(hadis marfu' sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan 'lailahaillallah"

(hadis sumber daripada A'isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat

(hadis marfu' sumber daripada 'Ata')

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya

(hadis marfu' riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah

(Ibn Mas'ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu': "Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya."


Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.


***sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riak.
Keempat-empat golongan ini berebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail as menghakimi mereka.
Berkata Jibrail as kepada orang mati syahid : "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid : "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail as : "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab : "Aku mendengar daripada alim ulama."
Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail as bertanya kepada yang mengerjakan haji : "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata yang berhaji : "Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
Berkata Jibrail as : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala haji?"
Berkata yang berhaji : "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail as kepada penderma pula : "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma : "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail as berkata lagi : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail as pun berkata : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata : "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda : "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."