Ahlan Wasahlan Selamat Datang....Semoga ada manfaatnya disisi Allah SWT....untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan mozilla firefox ....ustazfarihan

Rabu, 25 Mac 2009

Mari berkenalan dengan Al-Quran

Alhamdulillah, majoriti umat Islam menghormati al-Qur’an sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Qur’an adalah sesuatu yang dilakukan tanpa menelaah kandungannya, jauh sekali daripada mempraktikkannya.Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur’an semata-mata kerana ia adalah al-Qur’an,bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur’an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam. Sekali-sekala kita mempraktikkan al-Qur’an, namun yang dipraktikkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan,menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan pelbagai lagi.Sememangnya tidak salah untuk menghormati al-Qur’an kerana ia adalah al-Qur’an tetapi jika penghormatan ini didasarkan kepada sikap menelaah dan mempraktikkan kandungannya, ia akan lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita semua. Lebih dari itu, dengan menelaah dan mempraktikkan kandungan al-Qur’an, kita sebenarnya mencapai tujuan asal al-Qur’an diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Para ilmuan telah menggariskan bahawa yang dituntut ke atas kita terhadap al-Qur’an adalah:

1. Beriman kepadanya.
2. Membacanya dengan disiplin tajwid sekadar mampu.
3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).
4. Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
5. Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.
6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.

Daripada enam tuntutan ini, empat yang pertama dituntut ke atas semua umat Islam.Apabila seseorang itu telah menguasai empat yang pertama, maka dituntut ke atasnya dua yang selebihnya. Sehingga kini boleh dikatakan bahawa majoriti umat Islam telahmenunaikan dua tuntutan yang pertama. Kita beriman kepada al-Qur’an dan belajar cara membacanya berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Akan tetapi, kita masih jauh daripada menelaah kandungan al-Qur’an, apatah lagi mempraktikkannya.

(dipetik dan disesuaikan dari artikel berkenalan dengan Al-Quran)

Ahad, 1 Mac 2009

Mulianya Hati Seorang Pemimpin

Kuliah oleh Ust. Zakaria Hj.Ahmad (Abg kpd Ust. Idris Hj Ahmad)

*YAB Dato Seri Ir Mohd Nizar mengatur solat subuh berjemaah di setiap masjid dan surau kawasannya dan memberi kuliah subuh setiap pagi Ahad.

*Sebelum memulakan tugas beliau terlebih dahulu solat sunat dhuha.

*Memberi kuliah 10 minit selepas waktu zohor

org dulu, ilmunya secupak
akhlaknya segantang
org sekarang, ilmunya segantang
amal, akhlaknya secupak.

*tambahan dari ust. Afnan Taib Azamuddin
-adun yang melompat sampai sekarang takut untuk pulang ke rumah.
-setiap masa orang meludah bila melalui rumah mereka dan menunggu dengan kasut.
-seorang masuk ICU
-seorang lagi dah nak mula mereng

empat empat
lapan lapan
lompat lompat cari makan.

bukit gantang
bukit berapit
BN menang
rakyat sakit.