Ahlan Wasahlan Selamat Datang....Semoga ada manfaatnya disisi Allah SWT....untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan mozilla firefox ....ustazfarihan

Khamis, 17 September 2009

KULTUM (KULIAH TUJUH MINIT)

Hari pertama dalam 10 hari terakhir Ramadhan telahpun kita tempuhi.
Adakah kita termasuk di dalam orang yang menangisi pemergian Ramadhan.
Adakah malam tadi adalah malam Al-Qadr?
Persoalan yang belum boleh di jawab...

Malam ini peluang masih ada.
Yang pastinya, tunaikan solat Isyak dan Subuh berjemaah.
Inilah cara yang paling "sengkek" untuk mendapatkan malam Al-Qadr.

Senaraikan doa anda dari sekarang untuk malam nanti....

TERUSKAN PENCARIAN ANDA...! WALAUPUN ANDA TELAH MENEMUINYA...!

Kumpulkan sebanyak mungkin DUIT dan SAHAM untuk membeli di akhirat esok.
Inilah sahaja currency yang bernilai dan laku selepas kita mati.

1 digandakan sebanyak 1000 bulan.
SAHAM apakah sekarang yang untungnya sebanyak itu ?
Rasanya tak ada.
Jadi, rebutlah peluang keemasan ini.

Sekali dalam setahun sahaja.

CEPAT....!!!!

Rabu, 9 September 2009

KULTIM ( KULIAH TIGA MINIT)

1.Berpuasa dengan ikhlas, hanya inginkan keredhaan Allah
2.Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa
3.Menghidupkan ibadah di malam-malam ramadhan
4.Jauhi sumber haram dan syubhah
5.Iftar jamaei
6.iktikaf serta solat lima waktu secara berjemaah
7.Perbanyakkan bersedekah
8.Awasi diri dari menghabiskan masa tanpa faedah.
9.Melewatkan sahur
10.Segera berbuka setelah masuk waktunya
11.Tadarrus dan tadabbur Al-Quran
12.Pelihara gerak-geri dan tingkahlaku supaya tidak melakukan dosa dan maksiat
13.Zikir, Istiqhfar dan berdoa ketika berbuka dan bersahur
14.Perbanyakkan berdoa
15.Bertaubat dengan sesungguhnya

Khamis, 3 September 2009

KULLIM (KULIAH LIMA MINIT)

* Takwa perkara utama yang nak dicapai oleh ibadah puasa
* Puasa gagal bila kita tidak dapat takwa
* Maksud takwa seperti mana mafhum hadis riwayat Imam Bukhari
Taat Allah, X ingkar
Ingat Allah, X lupa
syukur pd Allah,X kufur nikmat.
* Takwa sebagai mana dlm dialog Ubai bin kaab dgn S. Umar
* Nisbah nikmat Allah dng dosa kita-beza jauh
* Hati karat.
* 2 cara nak cuci hati
- baca quran tadabbur makna
- zikir maut