Ahlan Wasahlan Selamat Datang....Semoga ada manfaatnya disisi Allah SWT....untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan mozilla firefox ....ustazfarihan

Selasa, 31 Ogos 2010

Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan 'ibadah.
Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama ber'ibadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikat tali pinggang [tidak bersama isteri]. Diriwayatkan daripada A'isyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Adalah Rasulullah s.a.w apabila tiba sepuluh terakhir [Ramadhan] beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya [tidak bersama isteri]".
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Mandi antara maqrib dan insya' dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian. terutamanya malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikerniakan Lailatul Qadr. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALlah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu'.

Melakukan iqtikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a katanya yang bermaksud " Biasanya Nabi s.a.w ber'iqtikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan".

Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

Memperbanyakkan sedaqah.

Tanda-tanda Lailatul Qadr.

Diterangkan dalam sebuah hadis antara tanda-tandanya ialah:

Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarnya lembut dan tidak terik.

Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sengat cerah dan terang benderang.


Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr.

Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

Supaya kita berusaha meningkatkan 'ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Memperbanyakkan doa' untuk memperolehinya.


Adab Mengakhiri Ramadhan dan Menyambut Eid Mubarak.

ALlah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan Takbir pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

ALlah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan memperbanyakkan istiqfar.

ALlah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'sadaqatul fitri' [membayar zakat fitrah].

Keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat eidul fitri dan mendengar khutbah denga penuh penghayatan.

Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

Menziarahi qubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.


Akhirul kalam, saya mengucapkan selamat menyambut Eid Mubarak semoga madrasah Ramadhan yang meninggalkan kita memberi kesan yang berpanjangan untuk kita meneruskan segala 'amalan yang telah kita lakukan selama sebulan dibulan-bulan yang seterusnya, semoga Ramdhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat kebaikkannya, kullu am wa antum bi khair.

Khamis, 18 Februari 2010

Masuk Syurga

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.

(hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik

(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa

(hadis marfu' sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.

(hadis marfu' sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan 'lailahaillallah"

(hadis sumber daripada A'isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat

(hadis marfu' sumber daripada 'Ata')

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya

(hadis marfu' riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah

(Ibn Mas'ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu': "Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya."


Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.


***sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riak.
Keempat-empat golongan ini berebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail as menghakimi mereka.
Berkata Jibrail as kepada orang mati syahid : "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid : "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail as : "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab : "Aku mendengar daripada alim ulama."
Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail as bertanya kepada yang mengerjakan haji : "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata yang berhaji : "Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
Berkata Jibrail as : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala haji?"
Berkata yang berhaji : "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail as kepada penderma pula : "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma : "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail as berkata lagi : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail as pun berkata : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata : "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda : "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."

Ahad, 24 Januari 2010

Allah humma faqihna fid din wa allimna takwil

Pagi tadi aku sempat menonton program tanyalah ustaz.Seronok aku tengok ustaz Nizam kat TV.teringat pulak aku kat Maahad Mahmud.

Seorang pemanggil menalipon menayakan ustaz berkenaan masalah solat sunat hadiah.Nampaknya beliau begitu berhati-hati menjawap persoalan ini.Ustaz Nizam merendahkan diri dengan menyatakan dengan ilmunya yang sedikit dan pembacaannya yang belum luas.Beliau belum berjumpa dengan nas dan hujah yang kuat tentang solat sunat tersebut.tetapi beliau mencadangkan agar melakukan solat sunat rawatib dan seterusnya mendoakan kepada simati bukannya solat hadiah pahalanya di sedekahkan kepada simati.Beliau juga menyatakan jika ada terjumpa nas yang sohih maka dipersilakan.Nampak betul ustaz Nizam begitu menjaga ukhwah dalam menghuraikan masalah tersebut.Tahniah ustaz Nizam.

Berbeza pulak dengan ustaz yang satu ini.tak perlu namanya didedahkan.Bukan Dr Asri juga bukan Dato Shamsuri.

Tadi aku sempat mendengar kuliah Maghrib berdekatan juga dengan masjid batu yang begitu popular di Malaysia.Aku tak pergi masjid batu tapi ke masjid lain sebab kebetulan aku rindu sangat kat seorang ustaz yang baru meninggkat popularitinya.
Selesai kuliahnya aku merenung panjang.Kenapakah seorang ustaz yang pada orang ramai mengakui kehebatannya.Tiba-tiba malam ni aku termenung panjang.Hujahnya tentang isu penggunaan nama Allah nampak kurang memuaskan hatiku.Adakah patut beliau meminta semua jemaah tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen yang menyokong isu penggunaan nama Allah.Lebih membinggungkan beliau mengemukakan hujah akal yang pada aku kacang untuk membalasnya.Banyak hujjah2nya mengelirukan dan menghilangkan kagum aku padanya.

Apa yang merisaukan aku masih ramai jemaah yang salam berciumkan tangan dengannya.Nampaknya masih ramai lagi jemaah hatta ustaz mahupun ulamak yang belum faqqih dalam agama Islam ini.

Ya Allah.Allah humma faqihna fid din wa allimna takwil wahdina sirotaqal mustaqim

Sabtu, 16 Januari 2010

Isnin, 23 November 2009

Menjadi Muslim Terbaik

Sekiranya kita lihat bintang dilangit,mana satukah yg menaik perhatian? Sudah tentu bintang yang paing cerah, paling indah dan paling hebat sinarannya.
Oleh itu ramai orang hari ini ingin menjadi 'bintang' supaya dapat menarik mata yang memandang.
Al-Quran menjelaskan, umat Islam laksana bintang yang bertaburan didada langit. Umat Islam adalah umat yang terbaik.Dalam erti kata lain,semua muslimin dan muslimat adalah bintang,bukan bintang di pentas, bukan bintang diTV tetapi bintang pada pandangan tuhan.
Namun tidak semua bintang mendapat pandangan tuhan.Bintang yang paling indah saja yang mendapat sepenuh perhatian,rahmat dan keredhaannya.
Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Khamis, 22 Oktober 2009

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.

Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, sebagaimana Abul-Laits telah berkata :-
Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.
1. Pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah dan berbual kosong tetapi menyibukkan diri dengan membaca Al-Quran, zikir dan muzkarah ilmu.
2. Pada hatinya.Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Ubat penyakit hati ialah zikr,ilmu dan amal.
3. Pada pandangannya.Dia tidak suka memandang kepada yang haram.
4. Pada perutnya.Dia tidak isi dengan makanan yang haram.
5. Pada kedua tanganya.Dia gunakan untuk ketaatan pada Allah.
6. Pada langkah kakinya.Dia tidak berjalan untuk maksiat tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang2 soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya.Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.Takut pada riak dan munafik.

Khamis, 17 September 2009

KULTUM (KULIAH TUJUH MINIT)

Hari pertama dalam 10 hari terakhir Ramadhan telahpun kita tempuhi.
Adakah kita termasuk di dalam orang yang menangisi pemergian Ramadhan.
Adakah malam tadi adalah malam Al-Qadr?
Persoalan yang belum boleh di jawab...

Malam ini peluang masih ada.
Yang pastinya, tunaikan solat Isyak dan Subuh berjemaah.
Inilah cara yang paling "sengkek" untuk mendapatkan malam Al-Qadr.

Senaraikan doa anda dari sekarang untuk malam nanti....

TERUSKAN PENCARIAN ANDA...! WALAUPUN ANDA TELAH MENEMUINYA...!

Kumpulkan sebanyak mungkin DUIT dan SAHAM untuk membeli di akhirat esok.
Inilah sahaja currency yang bernilai dan laku selepas kita mati.

1 digandakan sebanyak 1000 bulan.
SAHAM apakah sekarang yang untungnya sebanyak itu ?
Rasanya tak ada.
Jadi, rebutlah peluang keemasan ini.

Sekali dalam setahun sahaja.

CEPAT....!!!!